Menyelaras dan mengurus hal ehwal berkaitan perhubungan dalam negara dan berkaitan imej universiti, iaitu termasuklah;
- Mengadakan hubungan erat antara UPM dengan masyarakat luar yang bertujuan untuk menaikkan imej UPM
- Mengendalikan MoU UPM dengan pihak luar (industri, swasta, badan berkanun/ kerajaan, IPT dll) dalam negara.
- Merekodkan/ menyimpan data/ menganalisis MoU yang dilaksanakan untuk mendapat faedah optimum daripada perjanjian yang telah ditandatangani
- Merancang, mengatur dan melaksanakan Syarahan Inaugural oleh semua profesor UPM
- Menguruskan dan menyelaraskan lawatan dalam negara ke UPM
- Merancang dan menyelaraskan program promosi dalam negara sepanjang tahun
- Mengedarkan bahan bercetak berbentuk promosi UPM kepada klien UPM (sekolah/ IPT/ badan kerajaan/ industri)
Salah satu komponen penting dalam memastikan bahawa pembentukan imej universiti dapat dipelihara adalah melalui Protokol dan Pengendalian Majlis, iaitu termasuklah;
- Menguruskan hal ehwal protokol majlis rasmi universiti
- Menguruskan jemputan majlis rasmi universiti
- Menyelaraskan dan menasihat hal ehwal berhubung dengan protokol kepada PTJ bagi tujuan menjaga imej sekiranya majlis melibatkan orang kenamaan dan pembesar negara
- Memastikan bahawa atur cara majlis dapat dilaksanakan dengan lancar
- Memastikan bahawa gelaran yang tepat digunakan bagi tetamu kehormat dan jemputan (sollutation)
- Menyemak teks MC, sebutan dan kelancaran pengendalian majlis
|