 |
Encik Abdullah Arshad
KETUA BKK
|
Selamat Datang Ke Halaman Bahagian Komunikasi Korporat
Sejajar dengan wawasan universiti untuk menjadi institusi pendidikan tinggi bertaraf dunia, peranan Bahagian Komunikasi Korporat diperkasakan untuk menyokong matlamat universiti dengan memberikan perkhidmatan yang unggul sesuai dengan keperluan pelanggan universiti.
Untuk melaksanakan peranan komunikasi korporat dengan lebih berkesan, terdapat enam perkhidmatan utama yang disediakan untuk pusat tanggungjawab dan agensi luar yang relevan dengan aktiviti universiti, iaitu pengurusan acara dan protokol, penerbitan korporat, pemasaran dan promosi, komunikasi dan perhubungan, media dan publisiti, dan pengaduan awam. Pelaksanaan semua fungsi tersebut dibuat dengan memberikan penekanan utama terhadap elemen penjenamaan dan imej korporat UPM yang berupaya melonjakkan nama UPM pada peringkat nasional dan juga antarabangsa.
Dalam meningkatkan fungsi perhubungan dengan lebih efektif, bahagian ini juga memberikan fokus kepada keberkesanan khidmat pelanggan yang bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti. Sistem penyampaian tersebut termasuklah kaedah memberikan maklumat atau jawapan kepada pertanyaan pelanggan tentang isu dan masalah yang dibangkitkan, terutamanya daripada pihak media dan orang awam serta melayani pelanggan yang datang berurusan. Meluaskan fungsi khidmat pelanggan, bahagian ini juga membantu media dan agensi luar dalam mendapatkan maklumat tentang kepakaran universiti dalam bidang penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Usaha dalam meningkatkan sistem ini sedang dilaksanakan untuk memastikan bahawa penyampaian perkhidmatan yang responsif, cekap dan berkesan dapat dimantapkan.
Kami bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada semua PTJ UPM dan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan kami. Keperluan anda ialah keutamaan kami…
BERILMU BERBAKTI
ABDULLAH ARSHAD
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat
|