Bahagian Komunikasi Korporat bertanggungjawab menyediakan maklumat dan perkhidmatan yang cepat, tepat dan bernilai tambah selari dengan matlamat dan wawasan universiti. Dengan membangun dan memelihara imej korporat yang cemerlang, Bahagian ini berperanan untuk menerangkan matlamat, peranan dan misi Universiti ke arah pencapaian wawasan Universiti bertaraf dunia pada tahun 2010 kepada semua pihak meliputi warga kampus, pihak swasta, kerajaan, universiti, dan pertubuhan dalam dan luar negara. |